mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN MEMBUAT SULAMAN,TELEKONG SEMBAHYANG WANITA

 

 

Nama

:  NURFAZLINA BT ARIFFIN

Umur

:  27

Tahun Ahli

:  2015

 Latar Belakang 

 Seorang graduan Universiti Malaya Dalam Bidang Pendidikan Islam dan masih belum mendapat pekerjaan tetap selain daripada menjadi guru sandaran atau guru ganti di MRSM Pengkalan Hulu dan mula berjinak-jinak dalam bidang jahitan dan msulaman bagi menampung kehidupan selepas tamat belajar .

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum menggunakan kaedah pengiklanan melalui ICT perniagaan dan tempahan terhadapap jahitan pakaian kurang mendapat sambutan dan tidak dikenali

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas usahawan anjuran PI dan Amanah Ikhtiar Hulu Perak Cik Fazlina mula bersemangat untuk memuatnaik hasil jahitan dan produknya untuk dijadikan katalog dan contoh .Selepas Memuatnaik Produknya dia berjaya mendapat perhatian golongan sasarannya yang ingin membuat tempahan.Setiap urusan menjadi mudah setelah Cik Fazlina menggunakan internet sebagai medium dengan kemudahan aplikasi Whatsapps ,Facebook,Instagram dan Myshop beliau berjaya mendapat pelanggan untuk setiap minggu dengan mudah.Pendapataan yang dahulunya dibawah RM 100 kini telah berganda menjadi RM 300 untuk purata 1 minggu .