Q4 2019 USAHAWAN-RAHAYU BINTI NAIM
|
Nama |
: Rahayu Binti Naim |
|
Umur |
: 34 tahun |
|
Ahli |
: 2017 |
Latar belakang
Puan Rahayu seorang surirumah yang mengusahakan pembuatan Ais krim buatan sendiri pelbagai perisa di rumah untuk membantu suaminya menambah pendapatan .Disamping membuat ais krim ,puan rahayu juga membuat “Giant bubble” iaitu belon sabun yang menjadi mainan kanak-kanak di sekitar taman tasek Takong
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bersih puan rahayu sebelum mempromosikan perniagaannya di mdia social dan internet adalah lebih dan kurang RM300 sebulan kerana ramai yang tidak tahu tentang perniagaan Ais Krimnya . Pada masa yang sama anak Puan Rahayu yang merupakan ahli P.Internet datang untuk membuat latihan melalui Frog Vle iaitu program NBOS Dibawah Pejabat Pendidikan Daerah bercerita tentang ibunya yang menjual Ais Krim Buatan sendiri dan ingin mempromosikan di internet.Petugas P.Internet P.Hulu telah membantu Puan Rahayu untuk membina Facebook melalui Latihan Usahawan .
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pusat Internet Pengkalan Hulu telah menganjurkan bengkel membuat kertas kerja perniagaan,E-Dagang,Latihan keushawanan dengan kerjasama pelbagai rakan strategic Pusat internet seperti Kolej komuniti,MDEC,Pejabat Pertanian Daerah,PELADANG dan Beberapa NGO yang menganjurkan program berbentuk keushawanan ini untuk membolehkan ushawan tempatan mendapatkan ilmu dan cara untuk menjalankan perniagaan diatas talian dengan betul dan berkesan .Melalui bengkel ini Puan Rahayu telah berjaya mempromosikan Ais Krim di Facebook dan sedikit demi sedikit telah membantu mempromosikan perusahaan Ais Krim dan Giant Bubble Giant dan lokasi perniagaannya turut diserbu akibat kuasa viral di facebook dan aplikasi whatapps .Pendapatan Puan Rahayu juga meningkat mendadak iaitu lebih daripada 2000,00 sebulan termasuk menerima tempahan majlis perkahwinan dan majlis kenduri kendara.
