BUTIRAN DIRI
- NORAINI WAHAYU BINTI MD DAUD
- 30 TAHUN
- SURI RUMAH
- GRADUSI UNIVERSITI MALAYA
- PEMILIK KEDAI KEK MUMYLICIOUS BAKERY
Dari Kedai Ke Rumah : Mummylicious Bakery
Graduan dalam bidang pengajian populasi dari Universiti Malaya ini telah menggangur selama 4 tahun sebelum dia mula berkecimpung dalam dunia kulinari dan kek ini. Noraini Wahayu Bt Mad Daud berusia 30 tahun dan berasal dari Pengkalan Hulu ini telah berjaya menjadi salah seorang usahawan kek yang dikenali di Pengkalan Hulu dan Baling Kedah kerana kek nya yang murah dan sedap ini. Lebih mesra dipanggil Ayu mula berjinak jinak dalam dunia kek ini setelah menggangur selama 4 tahun memandangkan ekonomi Negara pada ketika itu tidak begitu baik dan Ayu juga ingin membantu suaminya menjana pendapatan dia telah mula menjadikan hobinya sebagai mata pencarian memandangkan bakat dan minat yang mendalam terhadap bidang pembuatan kek dan biskut ini ,Ayu mengumpul modal dan membuka kedai kek secra kecil kecilan di bangunan milik Majlis Daerah Pengkalan Hulu dengan sewaan rm 200 sebulan,namun sambutan agak kurang memuaskan memandangkan lokasi kedai nya berada agak tersorok dari laluan orang ramai,Ayu kurang mendapat tempahan kek dan pendapatan bulanannya juga agak sedikit dan hanya cukup untuk pusingan modal sahaja .Ayu pada ketika itu berharap dengan promosi dari mulut ke mulut melalui pelanggannnnya namun ianya tidak kekal lama dengan saingan yang ada dan kekurangan permintaan Ayu berputus asa dan terus menyerahkan semula kedai tersebut kepada pihak Majlis Daerah Pengkalan Hulu.Ayu buntu pada ketika itu memandangkan tiada pekerjaan selepas tamat belajar dan kedudukan keewangan yang agak tidak stabil.
Pada ketika itu PI sedang sibuk mempromosikan kursus asas keushawanan melalui media social dan PI telah membawa beberapa orang mentor usahawan Online yang telah berjaya mendapat pendapatan yg agak lumayan setiap bulan.Ayu tertarik dengan promosi dan mula mendaftar utk bengkel ini.Setelah tamat bengkel Ayu mula mendapat suntikan semangat baru dan mengubah cara perniagaannya.Ayu mula memasarkan kek –kek nya melalui media social seperti aplikasi Facebook dan Wassap yang menjadi medium orang ramai berhubung dan Ayu menerima tempahan yang agak banyak kerana pelanggan yang tertarik dengan dekorasi dan testimony rasa kek dan biskut yang Ayu hasilkan.Ayu menjadi semakin terkenal dan jualannya kini bukan sahaja di Pengkalan Hulu malah mendapat tempahan sehingga ke Sungai Petani dan Kuala Kangsar.Ayu kini lebih yakin dan dia telah menghadiri banyak kursus pembuatan kek untuk meningkatkan kualiti keknya dan megekalkan jumlah pelanggan yang berterusan.Berbanding dengan dahulu perniagaan kek Ayu menjadi lebih mudah dan Ayu juga tidak perlu menanggung kos-kos lain seperti sewa kedai,kos bahan yang tiada pembeli dan tamat tarikh luput,kerana Ayu akan terlebih dahulu mengambil pesanan dan akan membuat kek berdasarkan tempahan pelanggan sahaja malah keknya juga lebih segar dan tidak perlu disimpan dalam jangka masa yang lama. Itulah kemudahan dan faedah yang Ayu terima setelah menjalankan perniagaan bakerinya melalui atas talian ,ianya lebih jimat masa dan kos dan Ayu juga dapat bekerja dari rumah disamping tidak mengambaikan perhatian terhadap anak dan suaminya kerana segalanya kini lebih fleksible dan di hujung jari sahaja.Ayu menggalakan para usahawan untuk sama-sama memperbaiki kaedah promosi dan cara menjalankan perniagaan untuk mengelakan perniagaan mereka daripada gagal sepertinya dahulu.Kini Ayu mampu menjana pendapatan yang agak lumayan .Bagi yang berminat boleh layari Facebok Ayu
https://www.facebook.com/ain.ayuni.77?fref=ts atau di facebook
https://www.facebook.com/mummyliciousbakery/?fref=ts atau hubungi Ayu terus di talian 019-4713059.
pelbagai pilihan kek dibuat mengikut permintaan pelanggan
di antara kek yang disediakan oleh Ayu
Pn Noraini Wahayu Binti Md Daud
Majlis Graduasi Universiti Malaya(Ayu bertudung hijau 2 dari kanan)
facebook Ayu