mcmc
Maklumat Pi1M

Maklumat Pusat Ekonomi Digital Pengkalan Hulu

 

 

Pusat Ekonomi Digital Pengkalan Hulu mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Ekonomi Digital Pengkalan Hulu (PEDi) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd.

 

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif dikawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

 

Pusat Ekonomi Digital yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan Komputer yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar dapat menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti dibandar.

 

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet seperti PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

 

Melalui Penubuhan Pusat Ekonomi Digital,diharap ia akan menyumbung kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan didalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

 NAMA PETUGAS PI

Frieda Andreen Abd Rahman(PENGURUS)

Siti Sakinah binti Ibrahim(PENOLONG PENGURUS)

ALAMAT

Pusat Internet  Pengkalan Hulu

Rumah kelab Petanda

Jalan Mahkamah

33100 Pengkalan Hulu

Perak Darul Ridzuan

WAKTU OPERASI

Isnin-Ahad

9.00 Pagi-6.00 Petang

(Ditutup pada hari cuti kelepasan am)

REHAT

1.00 Petang-2.00Petang

HUBUNGI

Frieda Andreen (0195497469)

Siti Sakinah (0195689543)

WEBSITE:

kelabpetanda.pjk.com.my

EMAIL:

kelabpetanda@pedi.my