mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JANUARI 2026-ANCAMAN SIBER DALAM DUNIA DIGITAL

Tarikh:  15 JANUARI 2026
Masa: 3.00 PETANG hingga 4.30 PETANG
Lokasi: NADI PENGKALAN HULU
Peserta: 5 orang peserta

Tujuan:

Tujuan utama webinar ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap literasi digital dan kesedaran masyarakat mengenai bahaya ancaman siber yang semakin kompleks. Dalam dunia yang serba digital hari ini, pendedahan terhadap taktik penipuan dalam talian adalah sangat penting bagi mengelakkan pengguna daripada menjadi mangsa jenayah siber.Kandungan webinar ini memfokuskan kepada beberapa jenis ancaman utama, antaranya ialah serangan phishing, penipuan maklumat peribadi (scam), serta bahaya perisian hasad (malware). Melalui paparan video dan slide interaktif, peserta didedahkan dengan cara-cara mengenali pautan yang mencurigakan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sekiranya akaun peribadi mereka diceroboh. Selain itu, aspek pengukuhan kata laluan dan kepentingan Two-Factor Authentication (2FA) turut ditekankan sebagai benteng pertahanan pertama.

Gambar Disini