mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti April 2025-Pertandingan Mobile Lagends Peringkat Negeri

Tarikh:  19 April 2025
Masa: 2.00 Petang hingga 6.00 Petang
Lokasi: NADI Pengkalan Hulu
Peserta: 6 orang peserta

Tujuan:

Meningkatkan semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan dalam kalangan belia dan pelajar melalui platform e-sukan.

Menyediakan ruang dan peluang kepada pemain berbakat untuk menunjukkan kemahiran serta berpotensi diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Menggalakkan penggunaan teknologi secara positif melalui penglibatan dalam aktiviti e-sukan yang sihat dan terancang.

Aktiviti:

E Sport Mobile Legends telah diadakan di NADI Pengkalan Hulu pada 19 April 2025. Sebelum pertandingan, peserta diberi taklimat ringkas tentang kelas kesedaran e-Sukan, etika e-Sukan, tanggungjawab, dan kepentingan menjaga tingkah laku profesional dalam permainan. Perlawanan ini dijalankan secara liga di mana setiap pasukan akan bertanding secara sistematik. Kelebihan kepada peserta melalui pertandingan ini ialah memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman berkompetisi dalam suasana e-sukan yang sebenar, peserta juga dapat meningkatkan kemahiran taktikal dan teknikal permainan, yang penting dalam dunia e-sukan profesional dan kelas kesedaran e-sukan memberi pendedahan kepada peserta tentang pentingnya pengurusan masa, disiplin, dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar dan pemain e-sukan. Pertandingan ini bukan sahaja mampu mengangkat bakat-bakat e-sukan ke peringkat negeri tetapi juga mendidik peserta tentang pentingnya keterampilan diri dalam dunia digital dan kompetitif.

Gambar Disini