Nama |
: Norhashimah Binti Hashim |
Umur |
: 38 Tahun |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Seorang pekerja am atau lebih dikenali sebagai “Tukang Cuci Pejabat “ di salah sebuah institusi kerajaan.Mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah dan suami yang bekerja sebagai pemandu lori kilang papan di Pengkalan Hulu.Puan Norhasimah binti Hasim seorang wanita yang aktif berniaga secara offline dengan menjual nasi lemak ,kuih muih serta beberapa produk secara sambilan selepas waktu bekerja dan pada hari cuti hujung minggu.Puan Norhasimah sangat tidak mahir menggunakan internet kerana terbiasa dengan penjualan secara bersemuka sehingga menyebabkan masalah pembahagian masa dan kekangan kerja hakiki yang terganggu akibat aktivitiperniagaannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Cara mempromosikan produk adalah secara offline dan tidak begitu mahir dengan penggunaan whatapps dan mdia social sebagai medium untuk menerima dan mempromosikan perniagaan .Akibat kekangan masa kerana menjadi pelajar sepenuh masa pengurusan perniagaan nya agak sukar dan tidak konsisten Masalah pembahagian masa yang agak menyukarkan Puan Norhasimah untuk menjaja produknya.
Selepas penggummnaan ICT/ penglibatan PI
melalui Bengkel e PEDAS hasil usahasama MDEC bersama Pusat internet Pengkalan Hulu yang diikutinya telah memberi satu kelebihan kerana ilmu itu dapat diadaptasi semula untuk perniagaannya kini.Dengan masa yang terhad dan tanggungjawab sebagai pekerja pembersihan di Institusi kerajaan dan dalam masa yang sama ingin membantu suaminya untuk menyara keluarga supaya kehidupan mereka lebih selesa.Pelbagai ilmu perniagaan yang dapat dijalankan dengan menjadikan internet sebagai medium dan dalam masa yang sama tidak menjejaskan pekerjaannya sebagai tukang cuci yang memerlukan tenaga Maka terhasilah Kedai Shopee ,Laman pernioagaan di Facebook ,Instagram dan Aplikasi whatapps turut dijadkan medium mempromosikan produknya.