Nama |
: Azura Binti Romlee |
Umur |
: 37 Tahun |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Seorang surirumah yang juga usahawan dalam pelbagai bidang yang kini bergelar Shopee Coach .Bermula dari menghadiri kelas eUsahawan bersama Pusat Internet Pengkalan Hulu dan Kolej Komuniti
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan
Kurang mahir dan agak ketinggalan terutamanya dari segi promosi produk melalui media social dan mengisi borang-borang secara atas talian dan memerlukan bantuan kakitangan Pusat Internet .
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Menjadi lebih yakin dan cekap menggunakan pelbagai aplikasi elektronik .Cekap menggunakan aplikasi e dagang dan semakin prihatin tentang keselamatan semasa berada diatas talian dan turut sama menyebarkan kepada rakan-rakan seusianya tentang bahaya jenayah di laman social seperti ancaman scammer dan penipuan di internet.Mula berjinak-jinak untuk lebih mempelajari tentang “pasar digital” atau market place untuk menjual produk,Shopee merupakan pilihan Azura untuk berniaga setelah mengikuti kelas E usahawan Pusat Internet Pengkalan Hulu Azura mula berminat untuk terus berjaya dan mengikuti pelbagai kelas Shopee khas untuk meningkatkan jualan,di pusat internet Azura menggunakan kemudahan computer dan capaian internet untuk mengikuti kelas atas talian dengan tenaga pengajar berbayar dan kini Azura mula menjadikan ilmu yang diperolehinya bermula dari pusat internet dan ke peringkat seterusnya untuk dijadikan pendapatan sampingan yang pada asalnya adalah permintaan daripada rakan-rakan untuk mengadakan kelas bimbingan ;Shopee untuk berkongsi ilmu dengan mereka dan bersetuju untuk memberi sedikit saguhati kepadanya.Daripada sinilah Azura mendapat idea untuk menjalankan kelas bimbingan.