Nama |
: Mohd Amin Cheng Bin Abdullah |
Umur |
: 69 Tahun |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Seorang Warga emas yang berumur 69 tahun yang amat meminati dunia penulisan
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan
Kurang mahir dan agak ketinggalan terutamanya tentang penulisan blog dan media social .
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Menjadi lebih yakin dan cekap menggunakan pelbagai aplikasi elektronik .Cekap menggunakan aplikasi e dagang dan semakin prihatin tentang keselamatan semasa berada diatas talian dan turut sama menyebarkan kepada rakan-rakan seusianya tentang bahaya jenayah di laman social seperti ancaman scammer dan penipuan di internet.Mula berjinak-jinak untuk menulis rencana di laman blog setelah dia menyuarakan hasratnya untuk menulis tentang agama Islam untuk berkongsi pengalaman .Pusat internet Pengkalan Hulu mencadangkan agar Pakcik Amin menggunakan Blog sebagai tempat yang paling sesuai untuk dia menulis dan dapat berkongsi karya islam nya bersama pembaca lain. Pakcik Amin mula menulis dan bersemangat untuk berkongsi pengalamannya semasa memeluk agama Islam di https://pondoktariqathikmah.blogspot.com/ dan menggunakan pusat internet sebagai tempat untuk rujukan dan mengemaskini blogspot nya. Setiap kali masa lapang Pakcik Amin akan mengayuh basikal 7 KM dari Pondok Pak Teh ke Pusat Internet .