
EN HAMDAN BIN OTHMAN BERSAMA SEBILANGAN HASIL KRAF KERIS SEMASA DI PAMERAN USHAWAN IKS PENGKALAN HULU
KRAF KERIS DARI PENGKALAN HULU KE BANGKOK,THAILAND
Nama Keris Gemilang Enterprise mungkin mungkin masih baru dikalangan kita namun nama En Hamdan telah lama meniti dibibir mulut peminat seni keris tradisional dari negeri Perak dan yang patut dikagumi ianya telah lama terkenal di kalangan pencinta seni keris dari negara Thailand mungkin disebabkan factor jarak dan sempadan darat Pengkalan Hulu dan Thailand yang dekat menjadikan hasil kraf keris en Hamdan lebih dikenali disana.
En Hamdan bapa kepada enam orang anak telah mula berkecimpung dalam bidang seni kraf Keris sejak 8 tahun yang lalu tetapi ianya sekadar hobi masa lapang kerana en Hamdan pada ketika itu menjalankan kerja pertukangan rumah sehingga pada suatu ketika permintaan terhadap kerja pertukangan rumah menurun dan tiada sambutan lalu En Hamdan terus fokus untuk membuat seni kraf dan sedia menerima tempahan untuk membuat cenderahati keris dan tempahan untuk membuat sabit dan pisau.
Menggunakan kaedah lama untuk bagi tujuan promosi hasil kraf kerisnya sangat tidak membantu dan permintaan terhadap kraf kerisnya juga menurun sehinggalah isteri En Hamdan Puan Syarimah mengetahui tentang Pusat Internet Pengkalan Hulu dan dating terus ke PI Pengkalan Hulu untuk meminta bantuan dari segi penggunaan internet serta memasarkan produk melalui internet.Puan Syarimah diberi pinjaman Netbook 1 Malaysia dari PI dan pengurus PI Puan Frieda Andreen Abd Rahman telah membuka akaun facebook untuk En Hamdan bagi memudahkan beliau memasarkan dan mempromosikan produknya lebih jauh lagi,Puan Syarimah yang teruja untuk memulakan langkah pertama telah diajar tentang cara penggunaan netbook dan mengendalikan akaun facebook “Keris Gemilang”milik En Hamdan.
Hampir 3 minggu menggunakan facebook dan Kampung Tanpa Wayar Kampung Air Panas sebagai perantaraan untuk mempromosikan produk keris, En Hamdan telah Berjaya menerima lebih banyak tempahan kraf keris untuk pelbagai tujuan seperti cenderhati dan kegunaan semasa.En Hamdan juga menerima tempahan dari Bangkok Thailand yang berminat untuk menjadikan seni kraf Keris Melayu sebagai hiasan sebagai lambang kekuatan sesebuah keluarga.En Hamdan kini dapat menumpukan sepenuh masa untuk menghasilkan keris dan produk kerisnya mendapat pujian ADUN Tempatan iaitu Tuan Haji Aznel Ibrahim seterusnya memperkenalkan En Hamdan kepada SME Bank yang akan membantu En Hamdan dari segi dana dan pinjaman keewangan untuk memperbesarkan lagi perusahaannya.PI Pengkalan Hulu telah Berjaya mentransformasikan seorang pengusaha kraf keris yang kurang maju dan tidak mendapat sambutan kepada seorang yang terkenal kini dan telah Berjaya mengubah persepsi masyarakat yang masih menggunakan cara lama untuk menjalankan perniagaan kepada cara baru iaitu”Kedai Alam Maya”.
Antara Keris yang dihasilkan oleh beliau:

https://www.facebook.com/profile.php?id=100010843629521
(Laman Facebook En Hamdan)