mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT-Nurhafizah Bt Yusuf

Nama

: Nurhafizah Bt Yusuf

Umur

: 33 tahun

Ahli

: 2015

 

 

 

 

Latar belakang

Seorang Surirumah sepenuh masa dan sukarelawan Gerakan Anak Muda Pengkalan Hulu (3rd Force Team)yang aktif menjalankan kerja sukarelawan disekitar Pengkalan Hulu.Pentadbir dan Founder What apps “Group Kaki Makan”.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Mempromosikan produk perniagaan secara offline dan tidak mendapat sambutan kerana kekangan masa dan kurang kenalan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Membantu golongan peniaga kecil yang menjual produk berasaskan barangan makanan di sekitar Pengkalan Hulu,Gerik dan Baling Kedah untuk menggunakan media sosial seperti aplikasi what apps dan facebook untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka ,aplikasi ini telah membantu lebih golongan surirumah dan golongan ibu yang bekerja melalui perkhidmatan pesanan makanan melalui aplikasi what apps berkumpulan dimana ahli kumpulan tersebut adalah seramai 257 Orang .Kumpulan tersebut yang telahberperasi selama hampir 2 tahun telah memudahkan urusan komuniti disini dimana golongan surirumah yang ingin menambah pendapatan tetapi agak sukar untuk keluar bekerja dapat menjual makanan kepada golongan bekerja dan golongan anak muda pula dapat menambah pendapatan samping dengan menjadi “runner” menghantar makanan kepada pembeli. Melalui cara ini telah membuka mata semua golongan untuk menggunakan ICT bagi memudahkan urusan seharian serta menambah pendapatan dengan cara yang paling jimat,mudah ,cepat dan mesra pengguna.